Kelas Powerpoint Presentation Like Pro

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

7 September 2019 – Kelas Powerpoint Presentation Like Pro ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam menyiapkan projek kerja khusus sekolah bagi subjek Sains. Mereka dikehendaki menghantar video/ slaid persembahan bertajuk ‘Usia Bumi’. Guru mereka turut memberikan beberapa panduan mengenai isi-isi yang perlu ada dan kualiti slaid yang dikehendaki seperti, menyelitkan video, animasi lagu, bentuk teks yang menarik dan sebagainya. Jadi atas inisiatif pelajar yang inginkan slaid persembahan lain daripada yang lain, seramai 6 orang pelajar telah menghadiri kelas khas ini bagi menyiapkan projek kerja khusus tersebut.

Apa yang mereka pelajari ialah:
1. Cara mencari dan memuat turun template powerpoint yang menarik dan percuma di internet agar slaid persembahana mereka kelihatan cantik dan kena dengan tema.
2. Cara memuat turun video dari youtube dan memasukkan ke dalam slaid serta membuat tetapan yang diperlukan.
3. Cara memuat turun font
4. Cara ekstrak zipped file

Seterusnya peserta dibimbing dalam menyiapkan slaid mereka sehingga siap.
Kelas selama 2 jam yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari ini disambung pula dengan sedikit ceramah advokasi selama 1 jam tentang ‘Online Grooming’ bagi memberikan kesedaran kepada peserta tentang bahaya yang terdapat di internet. Peserta bersurai pada pukul 1 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali